afifah.
I closed the curtains
Wednesday, June 27, 2018 | 2 feedback(s)

Assalamualaikum.

Entah kenapa dalam fikiran nak sangat publish post tapi selalu terhenti bila sibuk dengan hal-hal yang mungkin boleh dikategorikan sebagai benda yang remeh-temeh. Tapi jujur, rindu sangat dengan zaman blog. Yes, aku faham yang nanti akan ada orang akan reply dalam hati "asyik post benda sama, rindu, rindu, rindu".

Huhu maybe sebab benda ni dah lama aku nak publish tapi terhenti seketika. Baiklah, kita mulakan entri kali ini dengan bismillah.

Tahun ini adalah tahun kedua aku belajar di UPSI dan still potato here. Seriously, tak tahu kenapa masih potato. Why? still pakai t-shirt program ke kelas. Walaupun banyak baju yang boleh lah dikatakan okay, cantik tapi entah lah kenapa tshirt jersey rm20 tu juga yang dipakai (mudah, cepat, tak iron).

Aku menulis entri kali ni ditemani dengan lagu - Urban Zakapa (I Hate You) sebab nak ambil feel petang-petang. Nak dipendekkan cerita, ada beberapa hari (kurang daripada seminggu) untuk aku terbang ke negera jiran. And again, WHY? sebab nak buat intern. Doakan aku. hiksss!!

Oh ya, memandangkan still mood raya (bagi yang masih beraya) aku nak share sikit lah pasal raya. Well, tak ada apa yang menarik sangat raya tahun ni sebabnya, dalam fikiran asik terfikir nak balik UPSI so that's why tak feel sangat raya. eh, baju raya pun takda. recycle tahun lepas-lepas-lepas, mak punya hahahaha! Raya ketujuh haritu, aku dah balik KL huhukks sedih kan? Then kat group whatsapp sibuk family bincang nak masak apa untuk raya kelapan macam tu. aku fikir benda ni menyakitkan hati haha.

Wow, kali ni entri sangat panjang.
Em, rasanya aku pun dah tak tahu nak share apa lagi oh btw before lupa, I changed my header and title punya fonts. Ok takkkk? kehkeh. ambil inspirasi daripada blog-blog yang sungguh minimalis!

with love,
Afifah 💙

Labels: , ,