afifah.
Menulis secara gelisah
Wednesday, August 29, 2018 | 4 feedback(s)

Assalamualaikum and hi!

Topik entri macam lain kan. Biasalah, dalam mengejar apa yang ada dalam fikiran, itulah topik paling sesuai yang boleh aku keluarkan dengan baik. Maksudnya, idea aku sedia ada. Em, macam tu lah lebih kurang.

Sepanjang aku menulis atau mungkin lebih banyak menaip, aku akan menulis dengan hati yang sememangnya, "oh, itulah apa aku nak taip" atau, "aku memang nak cakap pasal benda ni". So, once aku fikir, "eh, salah ni" then aku akan stop sebab tak nak menulis dengan rasa gelisah.

Especially dengan puisi-puisi kosong atau lebih dikenali dengan Puisi Jalanan. Pernah terfikir nak jadikan blog ni as a main blog untuk review anything but still I can't sebab seorang yang nak jadi blogger, vlogger kenalah konsisten. Aku tak boleh dengan satu penulisan yang konsisten. Sebab apa? sebab takmahu gelisah!

Aku tak tahu kenapa dengan rasa gelisah ni, aku tak boleh menulis.

Misalnya,
"aku sepatutnya tak tulis benda ni",
"hish, kalau silap fakta?".

So, that's why ended up dengan topik entri paling simple.
Padahal sebenarnya aku menulis untuk hindarkan keresahan.

Xoxo,
Afifah.

Labels: