afifah.
terserahlah
Sunday, September 30, 2018 | 0 feedback(s)

Assalamualaikum and hi

Happy weekend. Semenjak jadual aku penuh dengan meeting persatuan, meeting group assignment memang jarang gila buka blog. Bukan tak ada hati tapi kadang-kadang tak ada masa dan ya, as usual lah, tak ada idea nak tulis apa.

Baca tajuk entri kali ini memang agak aneh sedikt. Agak puitis sedikit dan agak tidak tahu apa sebenarnya yang nak diberitahu. Tapi sebenarnya tajuk entri berkaitan dengan apa aku rasa (since aku rajin nak taip so semua kena deal dengan perasaan aku ya!)

1. People come and go.
Aku tak tahu nak describe bagaimana tapi beginilah sebenarnya apa yang terjadi. Aku tengok kawan-kawan yang baru kenal then beberapa bulan strangers konon tak kenal hati budi. Aku pun sama. Bukan sebab tak kenal hati budi tapi maybe sebab... entah. Manusia.

2. Marahmu, egomu
Yang ni kurang pasti sebab apa tapi, aku sekarang ni tengah cuba untuk mengawal emosi. Anggap semuanya ego aku saja untuk balas balik benda tu. Aku takmahu lah kalau marah orang ikut ego sendiri. Tak kemana pun.

3. Stress
Kawan aku tegur "tak cukup tidur?" and yasss!. Stress ni bukan menyebabkan aku rasa tak nak tidur. Overthinking sampai kadang-kadang buat aku tak selesa. Haish.

Dalam tiga point yang aku bagi tu sebenarnya terserah dengan diri kita sendiri nak fikir dan itrepretasi bagaimana. Aku cuba untuk tak luahkan dengan tulisan but ended up dengan tulisan. HAHA taktahu lah kalau sebenarnya inilah ubat atau remedy diri sendiri.