Afifah, 23. Aku menulis untuk memahami segala hati yang tak tertuliskan oleh lisan. Andai saja kita bisa semeja bercerita mengenai hujan dan matahari, aku akan bercerita lebih mengenai bulan dan bintang.
✎ Setidaknya aku mencuba
Thursday, March 28, 2019 | March 28, 2019 | 0 comments ✉

Aku pernah cuba melupakan. Aku pernah cuba tidak mahu kembali ke masa itu, masa lalu yang penuh dengan kebohongan. Ternyata rasa ingin bersama itu satu kebohongan yang aku lalui. Trauma. Aku menganggap semua lelaki begitu. Entah sampai bila tapi aku takut. Berkali aku katakan pada diri sendiri bahawa  taksemua lelaki seperti itu. Taksemua mereka jahat. Mereka ada yang baik. Namun aku begitu gemuruh. Aku tak mahu lelaki yang aku cintai begitu murahnya mencintai pilihan yang lain. Secara khusunya menduakan atau lebih kesat, curang. Aku faham kalau masa yang aku ada tak semuanya untuk lelaki yang aku cintai. Aku takpernah mengungkap rasa cintaku. Bahkan ungkapan "i love you" di akhir perbualan juga tidak pernah aku utarakan. Bodoh bukan? Terlalu ego. Entah sampai bila. Mungkin aku sering lupa bahawa perkataan itu sewajarnya diungkap. Tapi kenapa? Pertanyaan itu sering berlegar di benak hati serta fikiran yang membelengguh. Aku percaya kalau ungkapan itu tidak semestinya di sebut dengan lisan. Cukup dengan perbuatan. Semacam apa? Eh, aku juga takpasti. Mungkin juga dengan usaha ingin menghalalkan. Tapi siapa yang tidak mahu?.

Waktu. Itu yang sebenarnya ditegaskan. Waktu kita taksama. Aku sibuk saat siangnya. Malamnya untuk aku merehatkan tubuh yang penuh kesibukkan kendiri. Namun, setidaknya aku masih melayani sikap seorang lelaki yang masih tidak faham akan kebutuhan soal perhubungan. Marahnya, egonya semua itu aku cuba positifkan. Kononnya "tak apa". Seribu kali sayang, dia tidak faham soal itu! Apa yang dia tahu cuma "kamu tidak menghubungi saya". Saat itu aku lemah. Menjadikan perhubungan itu sering berbalah. Sering taksama  pendapat. Bodoh bukan?

Akhirnya perhubungan yang cuba aku pertahankan perlahan-lahan musnah. Silap aku juga tak pernah bertanya. Tak pernah ungkap rasa sayang. Mudah saja, aku seorang yang pentingkan diri. Kejam bukan? Baiklah, setidaknya aku mencuba. Kalau nanti ada yang tanya kenapa tidak pertahankan apa yang menjadi milik kamu?.

Dan waktu itu sulit sekali untuk aku ungkap, "setidaknya aku PERNAH mencuba".

Maaf, apa yang terjadi selama ini cuma diluar kesedaran ku semata. Tidak pernah hargai, aku cuma manusia biasa. Ya, terlalu banyak membuat silap hingga kini aku takut. Realitinya perhubungan itu tidak sewajarnya dipamerkan, diiklankan. Demi Tuhan, aku telah ikhlas.


/