Afifah, 23. Aku menulis untuk memahami segala hati yang tak tertuliskan oleh lisan. Andai saja kita bisa semeja bercerita mengenai hujan dan matahari, aku akan bercerita lebih mengenai bulan dan bintang.
✎ KEMUDIANNYA KITA MENYESAL
Thursday, June 27, 2019 | June 27, 2019 | 0 comments ✉

Setelah aku cuba untuk melepaskan kamu, setelah aku cuba menjauhkan diri, akhirnya aku tiba di satu fasa di mana, aku sudah seyakinnya telah melupakan kamu. Aku sungguh seakan tidak percaya kerana akhirnya perjalanan ini berakhir dengan baik. Cumanya aku menyesal kerana tidak pernah mengucapkan terima kasih.

Terima kasih kerana telah membuat ku jatuh cinta walaupun aku yang sebenarnya terlebih rasa, terlebih punya perasaan. Terima kasih sudah pernah mendengar segala luahan yang terbuku dan isi hati ini masih lagi sepenuhnya mengingati segala cerita yang pernah kamu berikan. Aku sungguh yakin satu hari nanti kamu tidak lagi kesepian, tidur lena, tidak lagi sering menganggap diri kamu yang salah. Terima kasih untuk sejuta kenangan walaupun berjauhan, tidak pernah satu pandangan.

Aku benar-benar ingin melepaskan perasaan ini dan semoga ianya lebih berhasil.


Labels: ,


/