✎ Orang bilang, semoga baik-baik saja
Monday, January 6, 2020 | January 06, 2020 | 0 comments ✉

Orang bilang, semoga baik-baik saja yang datang kepadamu dan aku mengatakan terima kasih atas doa-doa itu dan semoga ianya kembali kepadamu.

Aku sering lupa akan mengucapkan kembali hal yang sama kepada yang mendoakan. Kadang jadi malu apabila orang lain mengatakan begitu. Kenapa tidak kita mulakan saja?

Setiap yang mendoakan, aku berasa syukur kerana masih punya orang yang mengingati soal diriku. Aku akhirnya tahu bahawa setiap kejadian yang berlaku terhadap kita adalah kerana orang-orang sering mendoakan. Terutama ibu ayah. Aku yakin itu.

Pernah dulu sewaktu aku masih mengharap cinta yang entah, mungkin tidak kesampaian, aku berdoa agar Tuhan pertemukan aku dengan orang yang benar dan ikhlas. Aku beritahu ibu soal ini dan katanya, "kamu belum sesuai dan kamu tidak boleh ada hubungan cinta".

Aku sedih. Kenapa tidak boleh?

Ibu tidak suka, aku tunduk. Kemudian, lelaki itu akhirnya mencintai orang lain di belakangku. Pedih. Aku menangis. Dari saat itu, Tuhan sebenarnya sudah menunjukkan bahawa doa ku telah dimakbulkan melalui ibuku. Sungguh, doa sangat-sangat memberikan erti.

Untuk mereka yang sering mendoakan yang baik-baik, terima kasih dan semoga doa-doanya kembali kepada kalian semua.

Labels:


/