✎ Untuk laki laki yang pernah saya cintai
Monday, October 12, 2020 | October 12, 2020 | 0 comments ✉

 Episod 1 : Ketika masih muda


Untuk laki laki yang pernah saya cintai, ketika masih muda, saya berasa begitu bahagia dengan kehadiran kamu sebagai kekasih. Tidak pula saya tahu bahawa kehadiran kamu hanyalah sebagai pengajaran pertama dalam kisah cinta yang mungkin akan saya ingat hingga nanti pun.

Mungkin ingatanku bukan kepada kamu tapi kepada kenangan-kenangan yang pernah kita lalui bersama. Kenangan yang saya tidak pernah lakukan, tapi dengan kamu, saya berani melakukannya. Kita sama-sama menunggu khabar melalui pesanan ringkas yang dahulunya begitu penting. Sebegitu indahnya masa muda ku denganmu.

Hampir setahun bersama, kita memutuskan untuk saling berjauhan, saling tidak mahu lagi bersama. Entah, ketika itu, saya hampir lemas dengan perasaan sendiri tapi saya mahu kerana waktu itu masa muda saya sendiri, ingin melihat dunia lebih dekat.

Terima kasih pernah menceriakan saya di masa muda.

Labels:


/