✎ kenyamanan tidak lagi ada
Wednesday, May 19, 2021 | May 19, 2021 | 0 comments ✉

ambil masa sedikit untuk mencari inspirasi kerana hari ini tidak lagi indah.

aku pernah berjanji untuk setia, selamanya bersama dan berjanji untuk saling bertukar cerita walaupun hari yang begitu penuh dengan kesibukkan masing-masing.

untuk kesekian kali terluka, aku berjaya menemukan seseorang yang bisa mengubat hatiku menjadi lebih baik, lebih faham erti mencintai dan paling aku kagumi, sehingga yakin dialah bakal suami yang akan membimbingku. kadang bermimpi dia menjadi imamku solat, menjadi ayah pada anak-anak dan menjadi yang pertama ketika semuanya rapuh.


tapi


aku sendiri menghancurkannya. atas apa? atas kedukaan diri ku sendiri. mencari tahu dalam masa yang panjang dan akhirnya aku temukan bahawa aku sendiri sedang berperang dengan diriku sendiri. aku lemah sendiri tanpa siapa pun yang tahu. aku cuba untuk bercerita kepada semuanya tapi sayang, tiada satupun yang memahami. apa yang mereka tahu cuma - "jangan bersedih".

sungguh! aku bukan bersedih.

jauh sekali terlalu banyak fikir!

maka dengan itu, aku berhenti untuk bercerita. perlahan-lahan semuanya menjadi rahsiah dan menjauhkan diri. perlahan-lahan juga lebih banyak masa berfikir untuk menjadi lebih baik. dan aku menyakiti orang lain dengan perasaan ku yang mementingkan diri.

itu tidak adil.

aku memutuskan untuk pergi. bukan kerana tidak bahagia tapi masih mencari diri sendiri di dalam semuanya gelap. semuanya tidak terang. aku merangkak kehausan.

sekali lagi maaf, kenyamanan bersamaku sudah tidak ada. semoga lebih bahagia tanpa aku disebelahmu nanti.



afifah. 


/